MURTADIN_KAFIRUN
WELCOME

Join the forum, it's quick and easy

MURTADIN_KAFIRUN
WELCOME
MURTADIN_KAFIRUN
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» Yeremia 23 & Ulangan 13 mengisyaratkan Muhammad nabi palsu
Apa Itu TRINITAS ? EmptyFri 02 Feb 2024, 5:21 pm by buncis hitam

» kenapa muhammad suka makan babi????
Apa Itu TRINITAS ? EmptyWed 31 Jan 2024, 1:04 am by naufal

» NYATA & FAKTA : TERNYATA YESUS PILIH MENGAULI KELEDAI DARIPADA WANITA!!! (sebuah penghinaan OLEH PAULUS)
Apa Itu TRINITAS ? EmptyFri 12 Jan 2024, 9:39 pm by Uwizuya

» SORGA ISLAM RUMAH PELACUR ALLOH SWT...........
Apa Itu TRINITAS ? EmptyTue 02 Jan 2024, 12:48 am by Pajar

» Moon Split or Islamic Hoax?
Apa Itu TRINITAS ? EmptyWed 13 Dec 2023, 3:34 pm by admin

» In Islam a Woman Must be Submissive and Serve her Husband
Apa Itu TRINITAS ? EmptyWed 13 Dec 2023, 3:32 pm by admin

» Who Taught Allah Math?
Apa Itu TRINITAS ? EmptyWed 13 Dec 2023, 3:31 pm by admin

» BISNIS GEREJA YUUUKZ....LUMAYAN LOH UNTUNGNYA....
Apa Itu TRINITAS ? EmptyWed 05 Jul 2023, 1:57 pm by buncis hitam

» ISLAM: Palsu, Maut, Tak Akan Tobat, Amburadul
Apa Itu TRINITAS ? EmptySun 07 May 2023, 9:50 am by MANTAN KADRUN

Gallery


Apa Itu TRINITAS ? Empty
MILIS MURTADIN_KAFIRUN
MURTADIN KAFIRUNexMUSLIM INDONESIA BERJAYA12 Oktober Hari Murtad Dari Islam Sedunia

Kami tidak memfitnah, tetapi menyatakan fakta kebenaran yang selama ini selalu ditutupi oleh muslim untuk menyembunyikan kebejatan nabinya

Menyongsong Punahnya Islam

Wadah syiar Islam terlengkap & terpercaya, mari sebarkan selebaran artikel yang sesungguhnya tentang si Pelacur Alloh Swt dan Muhammad bin Abdullah yang MAHA TERKUTUK itu ke dunia nyata!!!!
 

Kebrutalan dan keberingasan muslim di seantero dunia adalah bukti bahwa Islam agama setan (AJARAN JAHAT,BUAS,BIADAB,CABUL,DUSTA).  Tuhan (KEBENARAN) tidak perlu dibela, tetapi setan (KEJAHATAN) perlu mendapat pembelaan manusia agar dustanya terus bertahan

Subscribe to MURTADIN_KAFIRUN

Powered by us.groups.yahoo.com

Who is online?
In total there are 89 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 89 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 354 on Wed 26 May 2010, 4:49 pm
RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of MURTADINKAFIRUN on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of MURTADIN_KAFIRUN on your social bookmarking website


Apa Itu TRINITAS ?

2 posters

Go down

Apa Itu TRINITAS ? Empty Apa Itu TRINITAS ?

Post by benarkah Wed 23 Jun 2010, 12:36 pm

MAKSUDNYA TRITUNGGAL


Pengenalan


Lambat-laun sesiapa sahaja yang
terdedah kepada agama Kristian akan berdepan dengan perkataan ini: Triniti. Ini
adalah satu perkataan yang sering kali di salah-fahami, disalah-sampaikan dan
disalah-pakai. Untuk ramai orang, ianya batu sandungan yang menghalang mereka
memeluk agama Kristian. Kepada yang lain ianya ajaran sesat mana kala untuk
yang lain ianya satu kebodohan. Untuk mendapat idea yang betul tentang apakah
sebenarnya intipati akidah ini, seseorang itu perlu kembali kepada kuasa mutlak
akidah ini, iaitu Alkitab. Adalah dari sini saya akan berusaha


1. menyampaikan satu asas Alkitabiah
untuk kepercayaan ini


2. menunjukkan apa maksudnya dan


3. implikasinya atas mesej agama Kristian
dan orang Kristian secara individu.


Sebelum saya
lakukan ini, saya ingin memberi beberapa pendapat dan definisi akidah ini
supaya kita memiliki satu pandangan yang luas akan hal ini.


Definisi


Perkataan ‘Triniti’ membawa maksud
satu Tuhan tetapi yang mengandungi tiga peribadi yang berbeza, bukan dalam
sifat atau ‘bahan ilahi’ tetapi dalam jawatan dan perhubungan. Allah satu
walaupun tiga. Ryrie menulis: Hanya ada satu Tuhan, tetapi di dalam kesatuan
Allah ada tiga peribadi yang kekal dan sama, sama dalam kandungan tetapi
berbeza dalam saraan hidup. Ketiga peribadi ini dalam Alkitab diperkenalkan
sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jadi, ada tiga peribadi dalam Allah dan
ketiga ini adalah Allah yang sama dalam kandungan, kuasa dan kemuliaan. Adalah
perlu dinyatakan di sini bahawa perkataan ‘Triniti’ tidak ada di dalam Alkitab
walaupun konsep Allah dalam kesatuan-tiga sangat jelas tampak. Perkataan
‘Triniti’ ialah satu istilah falsafah Yunani yang dipakai untuk Allah seperti
mana yang didedahkan dalam Alkitab. Ianya bukan satu istilah yang dipakai Isa
Al-Masih mahupun rasul-rasulnya.


Akidah ini sangat kompleks dan
membingungkan-minda tetapi tidak boleh ditolak oleh sesiapa yang mengkaji
Alkitab dengan serius. Apabila ini dilakukan maka akan jelas bahawa Alkitab
mengajar bahawa adanya satu Tuhan, dan bahawa adanya tiga peribadi, setiap satu
adalah Allah. Jadi akidah Triniti ini membuat tiga pengesahan:


1. hanya ada satu Allah


2. Bapa, Anak dan Roh Kudus setiap satu
adalah Allah


3. Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah tiga
peribadi berbeza.


Saya percaya
bahawa dari beberapa definisi ini, minda kita sukar untuk menangkap maksudnya;
sesungguhnya ia satu misteri. Kita perlu sedar bahawa konsep ini melebihi
keupayaan kuasa pemahaman manusia (dari segi mempunyai fahaman yang penuh) dan
tidak ada persamaan yang sempurna di dunia ini. Konsep Triniti bukannya tiga
tuhan yang bekerjasama atau satu Tuhan yang menampakkan diriNya dalam tiga
modus yang berbeza. Seterusnya, perlu kita tahu bahawa Alkitab tidak berusaha
menerangkan misteri ini; ia hanya mengisytiharkannya!


Tidak seorang pun dapat menafikan betapa
mulianya rahsia kepercayaan kita: Isa Al-Masih menampakkan diri dengan rupa
manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, serta dilihat oleh para malaikat.
Dia diisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan Dia dipercayai di seluruh dunia, dan
telah diangkat ke syurga.

(1 Timotius 3:16)


Allah Alkitab ialah Dia yang selalu
didedahkan sebagai satu triniti. Marilah kita ke sana untuk memerhatikan
kebenaran ini bahawa Allah satu dan Allah tiga.


Triniti dalam Alkitab


Adalah dianggap kita percaya akan
kewujudan Allah dan kesempurnaan Alkitab apabila kita memeriksa Firman Allah
untuk memerhatikan penyampaian akidah ini. Penyelidikan ini adalah untuk
menyesuaikan logik kita kepada kepastian Alkitab dan untuk melihat serta
bertindak sesuai dengan penemuan kita. Alkitab mempersembahkan dengan jelas
fakta-faktanya dan terpulanglah dengan minda manusia untuk berusaha memahaminya
(walaupun ini satu perkara yang sukar untuk difahami). Kita akan sekarang
melihat empat fakta yang dinyatakan oleh Alkitab; empat fakta yang menjadi
tiang-tiang utama akidah ini. Kita juga akan memberi perhatian kepada beberapa
contoh dalam Alkitab di mana fakta-fakta ini dinyatakan bersama.


Fakta
Pertama: ALLAH ITU ESA



Perjanjian Lama
dengan tegas menyatakan bahawa Allah itu esa dan tidak ada Allah lain yang
benar. Walaupun dikelilingi bangsa-bangsa yang percaya dalam banyak tuhan,
orang Israel berdiri teguh mengisytiharkan kewujudan Allah yang esa. Setiap
orang Yahudi memulakan doanya dengan melafazkan Ulangan 6:4, yang berbunyi: Dengarlah,
hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!
Orang Yahudi
menyembah Allah yang esa dan kebenaran ini nampak dalam ayat-ayat lain Alkitab:
Ulangan 4:35, Yesaya 44:6 dan Mazmur 86:10. Hanya ada satu Allah dan iman orang
Yahudi serta ajaran Perjanjian Lama bersandar atas kebenaran ini.


Begitu juga dalam
Perjanjian Baru. Apabila menjawab satu pertanyaan mengenai perintah manakah
yang paling utama, Isa Al-Masih memulakan jawapannya dengan berkata, "Inilah
perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita,
Dialah Tuhan Yang Esa."
(Markus 12:29). Rasul Paulus meneruskan idea
ini, bahawa Allah itu esa dalam jawapannya kepada jemaat Kristian di bandaraya
Korintus. Dia menulis: Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu; tidak ada
yang lain. Sekalipun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik yang di syurga
mahupun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu
(1 Korintus 8:4-6).
Yakobus dalam suratnya pula membuat kenyataan menarik ini: Kamu percaya
bahawa Allah hanya satu. Bagus! Roh-roh jahat pun percaya akan hal itu dan
gementar kerana takut
(Yakobus 2:19).


Jadi jelas
Alkitab menyatakan Allah itu esa.


Fakta
Kedua: BAPA ITU ALLAH



Nabi Yesaya dalam Yesaya 63:16 berkata
bahawa Bapa itu Allah: Engkaulah Bapa kami. Nenek moyang kami Abraham dan
Yakub tidak mengenal kami, tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN! Engkaulah
Penyelamat kami sejak dahulu kala.
Allah dipanggil Bapa kerana Dialah yang
menciptakan kita semua. Allah yang menciptakan kita dipanggil Bapa: Bukankah
kita semua mempunyai bapa yang sama? Bukankah kita semua diciptakan oleh Allah
yang sama?
(Maleakhi 2:10). Kadangkala ada yang berkata Perjanjian Lama
tidak mengenal Allah sebagai Bapa. Ini tidak benar. Ayat-ayat yang baru sahaja
dibaca membuktikan ini.


Idea Allah sebagai Bapa ditemukan
dalam Perjanjian Lama dan adalah lebih ketara dalam Perjanjian Baru khususnya
dalam ajaran-ajaran dan doa-doa Isa Al-Masih. Doa yang Isa Al-Masih
memperkenalkan kepada murid-muridnya bermula dengan kata-kata ini: "Ya
Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah
Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi"
. (Lukas 11:2). Rumah
sembahyang Allah dipanggil "rumah Bapaku" oleh Isa Al-Masih (Lukas
2:49). Dalam Yohanes 8:42, Isa Al-Masih dengan jelas menyatakan Allah ialah
Bapa: "Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu, tentu kamu akan
mengasihi Aku, kerana Aku datang daripada Allah."
Terdapat banyak lagi
ayat-ayat dalam Alkitab yang memperakui peribadi yang dipanggil Bapa sebagai
Allah. Keilahian Bapa biasanya tidak diperdebatkan. Tetapi bagaimana dengan Isa
Al-Masih?


Fakta
Ketiga: ANAK ITU ALLAH



Walaupun ini satu fakta yang sentiasa
diperdebatkan dengan hangat, ianya jelas dinyatakan dalam Alkitab: Isa Al-Masih
sepenuhnya ilahi. Isa Al-Masih seringkali mengelar dirinya ‘Anak Allah’ dan
kerana itu orang Yahudi berusaha membunuhnya, kerana dia menyamakan dirinya
dengan Allah. Contohnya dalam Yohanes 5:18 ada tertulis: Kata-kata-Nya ini
membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja
Dia telah melanggar hukum Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya.
Hal ini bererti Dia menyamakan diri dengan Allah.
Apabila Yohanes dan
Yakobus dipanggil "Anak-anak Guruh" dalam Markus 3:17, Isa Al-Masih
tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa sama ada ibu atau bapa mereka itu
guruh, tetapi bahawa sifat dan tindakan mereka seperti guruh. Apabila Isa
Al-Masih dipanggil ‘Anak Allah’ ianya TIDAK bermaksud Allah Bapa telah
bersetubuh dengan Maryam, yang telah melahirkan Isa Al-Masih. Apa yang
dimaksudkan dengan frasa ini ialah bahawa Isa Al-Masih memiliki sifat dan
bertindak seperti Allah. Tidak ada manusia yang boleh memiliki sifat-sifat
Allah apalagi melakukan kerja-kerja yang khusus bagi Allah kecuali jika dia
adalah Allah; dan itulah identiti sebenar Isa Al-Masih!


Dalam penggunaan orang Yahudi, frasa
‘Anak Allah’ bermaksud sesuatu yang mempunyai kesamaan tahap dan identiti
dengan Allah. Jadi, apabila Isa Al-Masih berkata dia ‘Anak Allah’, mereka yang
mendengarnya faham maksud penyataannya: dia mengaitkan dirinya dengan Allah dan
menyamakan dirinya dengan Allah. Dakwaannya itu disokong dengan berbagai cara:
autoritinya, sifatnya, perhubungannya dengan Allah, kekekalannya (Yohanes 8:57-58)
dan kuasanya atas maut dan neraka (Matius 12:38-40).


Sesiapa yang membaca Perjanjian Baru
dengan minda terbuka akan mencapai satu kesimpulan yang jelas: penulis-penulis
Perjanjian Baru mengisytiharkan Isa Al-Masih sebagai Allah dalam bentuk manusia.


Fakta
Empat: ROH KUDUS ITU ALLAH



Apabila dua ahli
gereja di Yerusalem berbohong kepada Roh Kudus, Rasul Petrus mengingatkan
mereka bahawa mereka telah berbohong kepada Allah: Oleh itu Petrus berkata
kepadanya, "Ananias, mengapa kamu membiarkan Iblis menguasai hatimu,
sehingga kamu berdusta terhadap Roh Allah . . . Kamu tidak berdusta terhadap
manusia, tetapi terhadap Allah!"
(Kisah Rasul-Rasul 5:3-4). Ini ialah
satu daripada kisah paling jelas di mana Roh Kudus dipanggil Allah dan hukuman
yang dikenakan atas Ananias (hukuman maut) adalah hukuman yang biasa untuk dosa
terhadap Allah. Roh Kudus BUKAN satu kuasa atau pengaruh tetapi satu peribadi
yang boleh dilukai dan juga yang membawa kasih, sukacita dan damai. Dia
memiliki personaliti dan diperkenalkan sebagai satu peribadi. Yesus
memperkenalkan dia sebagai satu peribadi dan menyamakannya dengan Allah bapa
dalam doanya: Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada
kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah
(Yohanes
15:26).


Jadi, kita
sekarang telah sampai kepada satu dilema. Bagaimana Allah boleh SATU tetapi Dia
Bapa, Anak dan Roh Kudus? Apakah penjelasan yang paling sesuai untuk
menjelaskan empat fakta ini tanpa membingungkan atau menyesatkan seseorang yang
ingin memahami kenyataan Alkitab tentang diri Allah? Sememangnya ia satu
misteri walaupun ada banyak contoh dilema ini dalam Alkitab. Seterusnya kita
akan memberi perhatian kepada beberapa contoh Allah Triniti dalam Alkitab.


Contoh-Contoh
Triniti



1. Penglibatan Triniti dalam penciptaan
dunia


  • Allah Bapa



Dalam masa enam hari Aku, TUHAN, telah
menciptakan bumi, langit, laut, dan semua yang ada di dalam segalanya itu,
tetapi pada hari ketujuh Aku berehat.
(Keluaran 20:11)


  • Allah Anak



Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia
(Isa Al-Masih). Tiada sesuatu pun di semesta alam ini yang dijadikan tanpa Dia.
(Yohanes 1:3)


  • Allah Roh
    Kudus



Roh Allah telah menciptakan aku, dan nafas
Yang Maha Kuasa memberi hidup kepadaku.
(Ayub 33:4)


1. Penglibatan Triniti dalam pembaptisan
Isa Al-Masih dalam air


Setelah Isa dibaptis, Dia keluar dari air
sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Isa nampak Roh Allah turun seperti
burung merpati ke atas-Nya. Kemudian terdengar suara Allah berfirman,
"Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku." (
Matius 3:16,17)


  • Terdengar
    suara Allah Bapa.
  • Isa
    dipanggil oleh Allah "Anak-Ku".
  • Roh Allah
    turun ke atas Isa Al-Masih.



1. Triniti dalam formula baptisan air


Baptislah mereka dengan menyebut nama


  • Bapa
  • Anak, dan
  • Roh Allah (Matius
    28:19)






1. Triniti dalam contoh yang diberi Rasul
Paulus dalam Efesus 4


  • Roh Kudus



Hanya ada satu tubuh dan satu Roh . . . (ayat 4)


  • Anak
    (perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Lord’ sering dipakai untuk Isa Al-Masih)



Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan
. . .
(ayat 5)


  • Allah Bapa



. . . dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah
Tuhan semua orang, yang bekerja melalui orang, dan tinggal di dalam semua
orang.
(ayat 6)


1. Triniti dalam doa pemberkatan


  • Tuhan Yesus
    Kristus memberkati kamu,

  • Allah
    mengasihi kamu, dan

  • Roh Allah
    menyertai kamu semua.

    (2 Korintus 13:13)



Ini hanya beberapa contoh di mana
ketiga-tiga peribadi Allah dilihat bersama, setaraf dan sama-kekal (Kisah Para
Rasul 2:33). Contoh-contoh kewujudan Allah yang bersifat esa tetapi tiga yang
banyak dalam Alkitab menjadikan akidah ini satu akidah utama iman Kristian.
Setakat ini kita sudah melihat bahawa Allah esa dan adalah tiga peribadi. Ketiga
peribadi ini bukan tiga Allah yang berasingan mahupun satu Tuhan yang
menyatakan (atau menjelma) diriNya dalam tiga rupa atau oknum.
Yang pasti,
ada perbezaan di antara ketiga peribadi Allah khususnya dalam perhubungan dan
kerja mereka. Seringkali para Muslimin dan muslimat telah membuat salah
tanggapan bahawa umat Kristian itu menyembah 'tiga Tuhan' iaitu
"Tri-theisma" dan ini adalah jauh sekali dari hakikatnya yang
sebenar! Umat Kristian mempunyai pegangan yang teguh kepada KEESAAN ILAHI
sepertimana yang telah diajar oleh Hazrat 'Isa serta hawarii dan pengikut2-Nya
sendiri.


Perbezaan
Dalam Triniti



Walaupun setiap peribadi Allah itu
berbeza mereka masih bersatu. Perkataan ‘peribadi’ dalam konteks Triniti
membawa maksud walaupun setiap peribadi ini sedar-kendiri dan arah-kendiri,
mereka tidak berfungsi bersendirian atau bertentangan dengan satu sama lain.
Ada tiga peribadi yang berbeza dengan identiti tersendiri dalam sifat-sifat dan
tugas-tugas mereka. Alkitab mengakui adanya perbezaan yang jelas antara ketiga
peribadi Allah ini. Seorang guru Kristian, Kevin Conner, menyatakannya begini:


a. Anak menyedari Allah sebagai peribadi
yang berbeza darinya (Yohanes 5:32,37)


b. Bapa dan Anak dibezakan sebagai Yang
Memberi dan Yang Diberi (Yohanes 1:14-18, 3:16)


c. Anak sedar bahawa Dia dihantar oleh
Bapa dan bahawa Roh Kudus akan dihantar dari Bapa melalui Anak (Yohanes 10:36,
14:16f, 15:26)


Maka ada satu kemajmukan tugas di mana
ketiga-tiga peribadi mempunyai tugas yang berbeza tetapi bekerjasama dalam
kesatuan, setiap satu bergantung kepada yang lain.


Ada juga satu tahap penundukan: Bapa
dahulu, Anak kedua dan Roh ketiga. Bapa bekerja melalui Anak oleh Roh. Sifat-sifat
ini tidak berubah dan menjadi tanda-tanda jelas perbezaan peribadi-peribadi
dalam Allah. Bapa selalu dipaparkan sebagai penyebab segala sesuatu (Kejadian
1:1), yang memulakan proses keselamatan (Yohanes 3:16) dan yang mengutus
(Yohanes 1:10-12). Anak dilihat sebagai Firman yang kekal (Yohanes 1:1-3), anak
Allah yang tunggal (Kolose 1:19, 2:9) dan wahyu Allah yang nampak dalam bentuk
manusia (Ibrani 1:3). Roh Kudus ialah yang keluar dari Bapa melalui Anak
(Yohanes 15:26), Dia yang menginsafkan manusia akan dosa mereka (Yohanes
16:8-11) dan yang bersaksi bahawa kita ialah anak-anak Allah (Roma 8:15-16).


Sebagai kesimpulan, marilah kita
membaca apa yang ditulis Dr. Dale pada kurun kesembilan belas: "Dari
kekekalan hingga kekekalan Allah ialah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Bapa ialah
Allah tetapi bukan tanpa Anak atau Roh Kudus. Anak ialah Allah tetapi bukan
tanpa Bapa atau Roh Kudus. Roh Kudus ialah Allah tetapi bukan tanpa Bapa atau
Anak. Hanya ada satu Allah tetapi di dalam Allah ada tiga peribadi. Mereka
bukan tiga Allah, tetapi di dalam kehidupan dan kewujudan Allah, ada tiga pusat
kesedaran, kehendak dan aktiviti, dan mereka ini kita kenal sebagai Bapa, Anak
dan Roh Kudus."


Ilustrasi-ilustrasi Triniti


Maka adalah jelas bahawa Triniti itu
satu fakta jelas dalam Alkitab. Tetapi seperti yang dinyatakan diawal tulisan
ini, ianya satu misteri dan satu kebodohan kepada ramai orang. Maka dalam
berkomunikasi banyak ilustrasi telah dihasilkan untuk membantu minda manusia
yang terhad untuk memahami kebenaran ini (walaupun ianya tidak berjaya
dilakukan sepenuhnya). Perlu saya katakan di sini bahawa banyak daripada
ilustrasi yang telah diberi adalah salah dan telah membantu mengeruhkan fahaman
orang tentang akidah ini. Berikut adalah beberapa contoh yang lebih logik dan
boleh membantu pemahaman.


1.
Perkataan-perkataan
untuk Allah yang esa


  • Kali pertama nama Allah disebut dalam
    Alkitab (Kejadian 1:1) perkataan Ibrani ‘Elohim" ialah perkataan yang
    dipakai. Perkataan ini bermaksud Allah tetapi dengan erti kemajmukan dalam
    kesatuan.



  • Perkataan Ibrani untuk perkataan
    ‘esa’ pula, yang dipakai untuk menyatakan Allah itu satu dalam Alkitab,
    bukanlah perkataan ‘yachead’ yang bermaksud ‘angka satu’ tetapi ‘echad’
    yang bermaksud ‘satu sebatian atau kesatuan terkumpul yang terdiri dari
    lebih satu peribadi." Satu contoh biasa penggunaan perkataan ini
    ialah dalam Kejadian 2:24 di mana dikatakan pasangan yang sudah berkahwin
    telah menjadi satu (echad). Pengertian yang sama juga boleh ditemui dalam
    Perjanjian Baru di mana perkataan ‘heis’ digunakan dan bukan ‘monos’.
    ‘Heis’ bermaksud "satu metafora untuk menyatakan kesatuan dan
    kerukunan." Jelaslah bahawa dari perkataan-perkataan yang dipilih,
    konsep satu kesatuan lebih disukai daripada angka satu.



  • Dalam Kejadian 1:26 kemajmukan
    Allah dinyatakan apabila dicatat: Sekarang Kita akan mencipta manusia
    yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita . . .
    Penggunaan
    perkataan ‘Kita’ di sini membawa maksud majmuk (seperti dalam Bahasa Arab,
    perkataan Ibrani untuk ‘kita’ bermaksud tiga atau lebih). Ketiga-tiga
    peribadi Allah terlibat dalam penciptaan manusia. Perlu saya nyatakan di
    sini bahawa di dalam Al-Quran pun, penggunaan perkataan majmuk ketika
    Allah bercakap sering dipakai. Contohnya dalam Surah Maryam 19:67 di mana
    ada tertulis: Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah
    menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.




1.
Contoh-contoh
dari Alkitab


Ada beberapa
contoh menarik dalam Alkitab yang boleh dipakai untuk menjelaskan konsep
Triniti. Walaupun begitu, harus saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut
agak lemah dan kurang tepat:


  • Bahtera Nabi Nuh. Bahtera itu
    mempunyai tiga tingkat walaupun hanya satu bahtera. Ini boleh dipakai
    untuk mewakili ke tiga peribadi Allah dari segi identiti mereka.
  • Semak yang terbakar dihadapan
    Nabi Musa.

    Suara yang
    kedengaran mewakili Allah Bapa (Keluaran 3:4-6), semak yang terbakar
    mewakili Anak, Akar dan Cabang (Yesaya 11:1-2) dan api mewakili Roh Kudus.



1.
Contoh-contoh
dari alam semulajadi


Dari sejarah,
banyak ilustrasi dari alam semulajadi yang telah dipakai untuk menerangkan
konsep Triniti. Dalam setiap kes di bawah, kita dapat lihat tiga aspek yang
jelas, tetapi setiap darinya lengkap dan menyumbang kepada satu unit (satu
kesatuan yang sempurna). Sekali lagi perlu saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh
berikut agak lemah dan kurang tepat:


  • Daun ‘shamrock’ atau ‘clover’ yang
    mempunyai tiga bahagian pada satu daun.
  • Cahaya dan tiga komponennya: kimia,
    cahaya dan haba
  • Air dalam tiga keadaan: gas, cecair dan
    pepejal
  • Komposisi air: Islam memandang Allah sebagaimana
    orang biasa memandang satu titik air – hanya satu gumpalan cecair. Orang
    Kristian memandang Allah sebagaimana seorang saintis melihat satu titik
    air –sebagai persekutuan tiga molekul (2 hidrogen dan satu oksigen).
    Satu titik air tetapi tiga molekul yang bersatu. Seorang saintis yang
    mengetahui ini tidak pernah terfikir ada tiga air seperti mana orang
    Kristian tidak pernah terfikir ada tiga Allah!
  • Segitiga – satu tetapi mempunyai tiga
    sudut
  • Satu lelaki tetapi tiga identiti: bapa,
    anak dan suami
  • Satu perempuan tetapi tiga identiti:
    isteri, ibu dan anak perempuan
  • Alam semesta terdiri dari ruangan, benda
    dan masa
  • Masa dalam tiga komponen: masa lalu, masa
    sekarang dan masa akan datang



1.
Komposisi
manusia


Bagi saya ini
ialah contoh yang paling dekat kepada konsep Triniti dan sesuai dijadikan
ilustrasi bagi komposisi Allah yang tritunggal.


Manusia ialah
makhluk majmuk yang mengandungi tiga komponen yang berbeza tetapi saling
berkait: tubuh, jiwa dan roh. Dalam 1 Tesalonika 5:23 kita dapat membaca: Semoga
Allah menjaga roh, jiwa dan tubuh kamu, sehingga tidak cacat cela pada masa
Tuhan kita Isa Al-Masih datang kembali.
Manusia adalah satu triniti sama
seperti Allah. Ini tidak menghairan kerana Allah dengan sengaja telah memilih
untuk menciptakan manusia dalam imejNya – komposisi manusia adalah satu
penyataan komposisi Allah kerana manusia telah diciptakan mengikut gambaran
Allah. Dari buku Kejadian, yang menjelaskan penciptaan manusia, ada tercatat: Demikianlah
Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diriNya sendiri. Dia
menciptakan mereka lelaki dan perempuan
(Kejadian 1:27).


Akhirnya, perlu saya akui bahawa semua
contoh-contoh ini hanya satu bayangan yang malap, dan bersama elemen-elemen
rohani yang lain, memberi satu gambaran kepada kita bahawa, jika diterokai
dengan mendalam, apa yang dimaksudkan dengan Triniti. Triniti sememangnya satu
misteri dan tidak ada ilustrasi yang tepat dan sempurna. Kita hanya mempunyai
kenyataan-kenyataan yang hebat dan bermisteri dari Alkitab. Walaupun begitu,
ilustrasi-ilustrasi ini ada gunanya tetapi pemahaman serta penerimaan kita akan
akidah Triniti tidak bergantung atasnya. Allah lebih baik menyampaikan apa yang
telah dinyatakan oleh Alkitab dan membenarkan manusia yang beriman kepada Allah
membuat pilihan menerima dan mempercayainya.


Nilai Akidah Ini


Ada bahayanya akidah ini dianggap satu
beban yang perlu ditanggung kerana ianya telah dinyatakan dalam Alkitab. Ini
tidak sepatutnya berlaku kerana akidah Triniti adalah satu hal yang penting dan
perlu untuk fahaman kita tentang Allah serta implikasinya kepada Kekristianan
keseluruhannya.


Pertama, ini ialah keadaan Allah yang paling
masuk akal sejak kekekalan lampau. Jika Allah bukan satu triniti maka adalah
sukar untuk melihat bagaimana Allah dengan tiba-tiba mencipta alam semesta dan
manusia (satu subjek peribadi) tanpa satu objek peribadi yang wujud sejak
kekekalan. Dengan penciptaan manusia dalam imej Allah yang tritunggal, maka
masalah ini telah diselesaikan kerana ianya mengimbaskan bagaimana keadaan Allah
sejak dari kekekalan dengan sifat-sifat peribadi seperti kasih, persekutuan dan
tujuan.


Kedua, ini adalah satu-satunya cara untuk
menjelaskan kerja penyelamatan manusia oleh Allah melalui Isa Al-Masih dalam
Yohanes 3:16.


Allah sangat
mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal,
supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh
hidup sejati dan kekal.



Adalah sukar untuk dibayangkan
bagaimana Allah boleh mengosongkan diriNya dan datang sebagai manusia di bumi
serta mati tetapi pada masa yang sama merupakan Allah yang sentiasa ada dan
memerintah di syurga. Akidah Triniti memberi satu penjelasan alternatif:


Allah (Bapa) sangat mengasihi orang di
dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya (
peribadikeduadalamTriniti) yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya (melalui
penginsafan dan bantuan Roh Kudus, peribadi ketiga Triniti, Yohanes 16:8,
Efesus 2:8) kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan
kekal.



Ketiga, Triniti memberi satu contoh
praktikal bagaimana perintah mengasihi satu sama lain (1 Yohanes 3:1)
dilaksanakan datu satu persekutuan. Kasih antara Bapa, Anak dan Roh Kudus serta
kesatuan mereka dalam tujuan menjadi satu peringatan yang tetap kepada
panggilan Allah kepada kita untuk saling mengasihi. Triniti merupakan asas
utama semua persekutuan dalam dunia ini.


Keempat, Allah yang tritunggal juga bermaksud
Allah boleh berkomunikasi. Allah bukan Allah yang bisu. Sejak kekekalan telah
ada komunikasi antara peribadi-peribadi Allah. Jika Allah ialah satu
persekutuan dengan diriNya, maka Dia boleh membenarkan persekutuan itu keluar
kepada ciptaan-ciptaanNya dan Dia sendiri boleh berkomunikasi dengan mereka.


Kelima, adanya Triniti bermaksud adanya
kemajmukan dan variasi dalam alam semesta ini. Ada kepelbagaian dalam Allah dan
ciptaanNya menampilkan kepelbagaian Penciptanya. Tidak ada dua pokok atau
manusia yang sama – Allah bekerja dalam ciptaanNya untuk memastikan tanda
kepelbagaianNya dalam satu unit tetap nampak. Tidak ada kesamaan yang
membosankan atau satu skala kesamaan pola yang besar dalam ciptaan Allah kerana
alam semesta mencerminkan Pencipta mereka yang bersifat triniti.


Keenam, Triniti menjelaskan bagaimana Allah
boleh tinggal di dalam kita. Allah bukan hanya satu kuasa atau pengaruh tetapi
satu Peribadi hidup yang diam dalam kita tetapi pada masa yang sama di
sekeliling kita dan memerintah di syurga. Inilah hidup yang sejati – mengetahui
bahawa Allah diam di dalam kita.


Allah sebagai Triniti memberi kepada
kita contoh terbaik kesatuan dan persekutuan yang perlu ada dalam gereja dan
keluarga. Ianya juga menjelaskan usaha keselamatan manusia oleh Allah khasnya
inkarnasi Isa Al-Masih dan pendiaman Roh Kudus dalam orang percaya.


Kesimpulan


Anda mungkin berkata, "Jawapan
anda tidak masuk akal, tidak logik, tidak waras." Inilah satu daripada
luahan hati ramai orang yang berusaha memahami akidah Triniti. Ini sudah
dijangkakan dan sememangnya benar! Banyak yang tertera dalam Alkitab tentang
Allah dan tindak-tandukNya tidak masuk akal. Alkitab memberi sebabnya:


TUHAN berfirman, "Fikiran-Ku
bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi
langit dari bumi setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku
daripada fikiranmu"

(Yesaya 55:8-9)


Akidah Triniti dan akidah-akidah
Kristian yang lain banyak kali tidak dapat difahami sepenuhnya oleh akal budi
manusia. Sesungguhnya minda manusia (selogik dan sebijaknya) sangat kecil,
rendah dan terhad – usahanya untuk memahami minda Allah serta memproses maklumat-maklumat
mengenai Allah yang maha kuasa akan sentiasa mencapai kebuntuan.


Mana-mana wahyu yang mengaku sumbernya
adalah Allah tetapi isi maklumatnya sangat logik dan senang diterima akal minda
manusia tidak sememangnya dari Allah tetapi kemungkinan besar dari satu minda
yang setaraf dengan manusia, tidak lebih tinggi, setinggi langit dari bumi.


Fikiran Allah dan penyataannya kepada
manusia akan selalu menghadapi risiko sukar difahami, seperti mana seorang
profesor matematik cuba menerangkan teori matematik kepada seorang pelajar
darjah satu. Minda kanak-kanak itu tidak dapat menangkap segalanya dan
kanak-kanak itu adalah bodoh untuk menolak kenyataan profesor matematik itu
atas sebab mindanya tidak dapat memahami penyataan profesor itu; atas alasan
tidak logik, tidak masuk akalnya yang dangkal. Tindakan yang lebih bijak ialah
mengakui kedangkalan minda yang terhad, mengakui hikmat profesor itu dan dengan
sabar cuba mempelajari dan memahami kenyataan-kenyataannya.


Begitu jugalah tindakan yang
sewajarnya bagi setiap insan yang berusaha menyelidiki konsep Triniti yang
terkandung dalam Alkitab. Usaha ini sememangnya memerlukan kesabaran dan
kerendahan hati untuk diterima. Marilah kita berusaha mengenal Allah dan
penyataanNya, yang tidak seperti fikiran dan jalan kita.


Kita boleh pelajari banyak hal dari
akidah ini – ia adalah model untuk manusia sejagat, gereja sedunia dan
rumahtangga tempatan. Akidah ini membuat kita kagum dengan kebesaran, misteri
dan kehebatan Allah. Banyak akidah-akidah Kristian yang lain sama ada
bergantung kepada akidah ini atau dilahirkan darinya.


Tugas kita bukan
untuk menciptakan kebenaran atau mengubah kebenaran supaya ianya senang
diterima. Tugas kita adalah untuk bergantung kepada kebenaran-kebenaran Allah
yang telah dinyatakan. Akidah Triniti ini akan mengganggu susunan logik yang
teratur dalam minda kita, tetapi kenyataannya ialah bahawa ianya diajar dalam
Alkitab. Janganlah kita mengubahsuai Alkitab tetapi dengan iman menerima
kebenaran-kebenarannya termasuk kenyataan bahawa Allah yang esa ialah Allah
Triniti.

benarkah
RED MEMBERS
RED MEMBERS

Number of posts : 33
Reputation : 0
Points : 5135
Registration date : 2010-06-15

Back to top Go down

Apa Itu TRINITAS ? Empty Re: Apa Itu TRINITAS ?

Post by Jesuschrist Sun 11 Jul 2010, 1:34 pm

Trinitas adalah hal yang sangat membingungkan,..

jangankan untuk umat yang beragama lain, untuk domba kristen aja membingungkan,..

walaupun berusaha menjelaskan dengan berbagai perumpamaan pun masih membingungkan,....

menurut gue Trinitas itu memang Tidak ada,...
1. Allah tidak pernah mewahyukan dan mendefinisikan Trinitas kepada Yesus
Berdasarkan Alkitab, Yesus tidak pernah mengatakan bahwa Allah mewahyukan Trinitas Kepadanya. Yesus sendiri tidak pernah menyebut-nyebut Trinitas, apalagi akan mengatakan bahwa dirinya adalah anggota Trinitas.
(Umat kristen berdalih Alkitab hanya mengisyaratkan)

2. Allah juga tidak pernah mewahyukan Trinitas kepada Para Nabi sebelum Yesus?
Mereka semua menerima wahyu tentang Tauhid. Tidak secuil pun ajaran tentang Trinitas dalam Perjanjian Lama.

3. Yesus juga tidak pernah mengajarkan dan mendefinisikan Trinitas kepada Murid ¬muridnya
Sebaliknya beliau mengajarkan keesaan Allah.

"Denqarlah hai oranq Israel: Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa" (Markus 12:29)

seperti yang di jelaskan TS kalangan kalangan gereja menciptakan Trinitas dengan bertahap,

gue ga tau tujuannya buat apa,...
Jesuschrist
Jesuschrist
BLUE MEMBERS
BLUE MEMBERS

Number of posts : 378
Humor : aku adalah salah satu pribadi dari 3 tuhan,, dua lainnya adalah kopi pahit da kemenyan
Reputation : 4
Points : 5490
Registration date : 2010-06-25

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum